Pelancaran Program Ihya Ramadan

Pada 21 Jun 2015, SMK Sultan Ismail telah mengadakan majlis pelancaran Program Ihya Ramadan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

ihya20151
Program ini telah dirasmikan oleh pengetua sekolah, Tn Hj Suleiman Bin Hj A. Rahman

 

ihya20152
Para guru memberi sumbangan.

ihya20154 ihya20145

Pelbagai program telah diatur sepanjang bulan Ramadan seperti Tadarus al-Quran, Ceramah Nuzul al-Quran, Ceramah Lailatul Qadar, Masjlis berbuka puasa, Solat Hajat dan lain-lain lagi.

 

Program Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2015

Program Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2015 berlangsung selama 2 minggu bermula dari 5 Mei 2015 hingga 14 Mei 2015. Sepanjang program ini, pelajar-pelajar baharu SMK Sultan Ismail (SSI) telah didedahkan kepada format terkini peperiksaan sebenar Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM). Taklimat berkaitan dengan pakej aliran Sains dan pakej aliran Sastera yang ditawarkan oleh sekolah SSI juga diberikan kepada mereka.

f6 register
Pelajar-pelajar baharu melaporkan diri di kaunter pendaftaran pada hari pertama Program Orientasi
Tn Hj Suleiman Bin Hj A. Rahman, pengetua SMK Sultan Ismail memberi ucapan alu-aluan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah
Tn Hj Suleiman Bin Hj A. Rahman, pengetua SMK Sultan Ismail memberi ucapan alu-aluan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah

Fiesta Kokurikulum 2015 Peringkat Kebangsaan

SMK Sultan Ismail akan menganjurkan Fiesta Kokurikulum 2015 peringkat kebangsaan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Mei 2015

Hari: Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: SMK Sultan Ismail

IMG-20150421-WA0021

 

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke fiesta ini. Pelbagai pameran akan berlangsung sepanjang fiesta antaranya gerai jualan, bazar fiesta, paint ball, konvoi motosikal berkuasa tinggi, pameran agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta pameran IPTA/IPTS.

Selain itu, pihak sekolah turut menganjurkan pertandingan The Voice, pertandingan robotik, pertandingan inovasi, dan pertandingan aerobik yang di sertai oleh sekolah-sekolah berprestasi tinggi seluruh Malaysia.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi Pn Azlena Binti Hadan (012-7550506) dan En Mohd Hanafi Bin Pilus (016-6811845